Wednesday, December 21, 2011

Mimpi sekadar mainan..

Betul ke mimpi ni sekadar mainan tidur?
Atau satu petanda?
Atau satu kemungkinan?
Atau apa yang kita fikirkan?
Atau..

Entah la..
Hari malamku semakin kusut..
Kompius dengan mimpi sendiri..
Adakah kerana tidurku yang terganggu?
Huhu..
Maafkan mama sayang..
Mungkin mimpi mama menganggu sayang tidur..
.
.
.
Sudah 2 3 hari berturut2 mimpikan arwah ayah..
Ayah, rindu sangat dengan kehadiranmu..
Walaupun sekadar mimpi, itu sudah mencukupi..
Rindu ayah.. (T_T)
Bila terjaga dari mimpi..
Diriku berfikir sejenak..
Apakah sebalik kehadirannya itu..
Aku membilang hari..
Adakah itu baru berlaku?
Baru je rasa bersama ayah semalam..
Padahal 3 tahun sudah berlalu..
Maafkan kakak andai terleka terlalai untuk mengingati dirimu ayah..
Maafkan kakak..
Terima kasih atas kehadiranmu..
Sangat rindu ayah..

Ayah, xlama lagi ayah akan dapat cucu..
Alhamdulillah dah nk masuk 7 bulan..
Awal bulan 3 tahun depan lahirlah dia..
Moga anak ini memberi seribu rahmat kepada kita sekeluarga..
InsyaAllah..

Moga ayah juga tenang disana..
Doa kami sekeluarga sentiasa mengiringimu..
InsyaAllah..



Al-fatihah untuk ayah..
Mohd Bakri bin Abdullah..