Yuhuuu gugurl and boboy sekalian..
I ada story ni nak share..
JOM tengokkkk! (^^,)
Mesti yang single mingle yang ngah preggy mak buyung anak 1st tu nak tau kan pe rasa pe pengalaman bersalin ni kan? Betul x? I berani potong kuku r! Mesti ada terdetik jugak la kan nak tau kan kan..hehe..
Soalan first orang akan tanya : ''Sakit x?''
HOHOHOHOooOOo!!
Pengalaman i la kan..
Sakittttttt bangat dong! Tuhan je yang tahu betapa sakitnya nak bersalin ni. Xde ungkapan yang boleh diungkap la..hehe cuak ke? Ngeri ke? HAHA rilex r cik kak oiii, sakit tu sekejap je after baby dah keluar sakit pun dah x terasa dah. Tapi masing2 alami rasa sakit tu laen2, and ada yang xsakit langsung pun ada tup tup dah keluar baby tu. Betul! Xcaya nanti try la share ngan kawan2 yang dan bersalin tu, kompem semua akan story rasa sakit tu laen daripada rasa sakit kita.
Tapi nikmat rasa sakit tu kita je tau, rupanya itu lah pengalaman yang bermakna. Alhamdulillah selamat semuanya, now baby dalam pelukanku :) *mata bersinar-sinar*
Muah muah muah!
Orait orait xmo cakap sakit2 ni, nanti ada plak yang xmo beranak..huhu.
Selain sakit tu, banyak la jugak pengalaman laen. Antaranya, time kat LB tu takut jugak la coz banyak sangat suara situ memekik meraung ngan tangisan ibu2 la tangisan baby la.
Ada yang kena marah la ada yang kena pujuk la, macam2 la gaya. I? Haha sama je tapi my hubby dah banyak kali pesan jangan menjerit meraung bukan2 coz nanti xpasal2 kena marah. So i sakit pun tahan jelah, gigit bibir je mampu. OH SAKITTTTT!
Yang rasa rimas nya benda alah mesin for jantung baby tu, letak kat perut kita tu. Benda tu sangat merimaskan coz sakit and sangat xselesa sebab benda tu kerassss la nurse..huhu. Rasa nak buang je [kalau berani la] hahaha. Hurmm, nak xnak kena la tahan rasa menyampah kat alat tu. Aiyoyooo!!
Haaaa, ni untuk para bapak2 abang2 tu. Sila teman ur wife okay! Coz kamu sangat penting untuk kaum hawa para isteri ni. Sangat PENTING! Sila luangkan masa sekejap untuk teman ur wife kat LB~ Semangat juang tu datang dari kamu tau! Oh terharu sangat! WHAT!? Takut? Darah? Jangan nak ngada2, pangggg laju2 baru tau! Huhu, kesian tau if xde siapa2 teman. Hope u Ols faham :)
Bab jahit menjahit plak ni, waaaaaaa ngiluuuu rasanya [*berkeruttt dahi*].
Sakit tu xde la sangat coz dah bius tapi benang tu boleh rasa nurse tu tarik tarik. Fuffffff!! Opps! Nak bius tu sakit kena cucuk sana sini ooooOo [kat area luka tu la]. So kena tahan la cket kan, sakit nak beranak lagi la sakit kot. Ambik masa lama jugak nurse tu nak jahit luka tu, setiap tarikan benang tu i dapat rasa tau. Grrrr~ OK dah!
(O_0)'
Air air air, hausnya. Alahaiiii! Lepas je baby keluar, terus mintak air. U Ols akan rasa sangat haus, yelah dah penat lelah teran tadi tu. Rasa berlari tanpa henti. Air air air!! Nakkkkk air!!
LB ni kan sejukkkk tau, rasa cam duk dalam peti ais je. Masa teran masa sakit tu xrasa sejuk pun tapi lepas je setel semuanya. Mengigil membeku xyah cakap la. Sila2 la mintak selimut ke mintak ur hubby peluk ke! Oppps! HAHAHAHA~
Cupp cup cupp nak pesan ni, coz maybe ada yang ambik mudah and ambik xkisah sangat bab ni. Before masuk LB tu bawak2 la diri tu ke toilet, buang la pe2 patut tu dulu tau. Kalau x, nanti ada tercicir tuttttt tu time nak beranak malu la. Kesian yang nak menyambut tu. Plus doa la banyak hope benda bukan2 x berlaku kan. InsyaAllah mudah-mudahan :) Amin~
Emmm, pe lagi ae nak share kat u Ols ni ae. Hurmmm..
Cukup dah kot, tu antaranya la. Ada lagi tapi xpe la. Hihi ada ke camtu? Xpe la kan, nak tau beranak sendiri. HAHA kejam! Ok baeklah, if ada pe2 nak tanya ke pe ke rojer je ae. Nanti i sambung story pe yang u Ols nak tanya nak tahu tu ok! Puas hati? :P
Apa2 pun good luck pada semua yang bakal2 nak jadi ibu tu..hehe. Berjuang habis baek ok! Xmo lemah semangat tau tau tau!
Nak stop dah, banyak keje je lagi ni. Sementara my baby tidooOoo ni la bleh buat keje umah. Ok tata, jumpa lagi.
'BYE-BYE'