Ayah..
Sudah 3 tahun ayah meninggalkan kami sekeluarga..
Terlalu cepat masa berlalu..
Hari berganti hari..
Siang malam berganti2..
Hari yang ditempuhi dengan pelbagai rasa..
Oh, terlalu sukar untuk dilupakan saat2 itu..
Ya Allah, lindungilah kami berkatilah kehidupan kami sekelurga..
Berilah kami perlindungan dibawah kasih sayangMu Ya Allah..
Ayah..
Aku bersyukur padaNya kerana masih berkesempatan untuk mengenalimu..
Masih berpeluang mendekatimu..
Terima kasih untuk segalanya..
Sesungguhnya, kenangan kita sekelurga adalah saat paling ternilai..
Merinduimu selamanya ayah..
Al-fatihah untuk arwah Mohd Bakri bin Abdullah..
Semoga arwah ayah tenang disana..
Doa kami akan sentiasa mengiringimu ayah, insyaAllah..
Sayang kami untukmu sentiasa dihati..
Amin..
21/7/2009 - 21/7/2011